Posted by Unknown

"..JALAN SUFI.."
..Ketahuilah Hati QalbunMu..



HATI itu ibarat Sang Raja-
yang memerintah seluruh tubuh badan kita;
yang ditaati seluruh rakyat jelatanya;
sehingga tidak satu pun yang berbuat selain perintahnya Sang Raja.

Apabila Ia memerintahkan nescaya yang lain akan mematuhinya;
bila HATI memerintahkan tangan menampar-
maka tangan akan mengerjakannya;
bila hati memerintah mulut berbicara-
maka mulut akan mematuhi dengan tanpa bertanya;
begitulah juga seluruh anggota yang lainnya akan patuh padanya.

HATI itu juga dinamakan "Hakikat Ke-aku-an";
iaitu aku yang merasa memiliki segala sesuatu;
Aku itulah sebenarnya Hakikat Insan-
sebagai ganti nama bagi Roh bernama Qalbu;
selama mana Ia dikandung jasad tubuh mati - maka adalah kehidupan ini;
jika sudah bercerai nanti - jasad mati tidak berguna lagi;
maka mereputlah bangkai yang selama ini memang asal mati, sedang mati dan kekal mati.

Maka ketahui-lah HATI mu itu;
Ia-lah yang akan kembali ke negeri akhirat nanti;
Ia-lah yang akan bersatu kembali dengan Dzat-Nya sendiri;
Jika Ia kotor, maka pastilah disucikan terlebih dahulu sebelum menyatu-
dan demikian dinamakan pembalasan atau siksa selepas mati azhorina.

Ia-lah yang di sini menguasai dan menakluki segala makhluk-makhluk abdi;
Ia-lah yang memerintah dan menakluk negara-negara besar mahu pun kecil di dunia ini;
Ia-lah yang dipatuhi oleh seluruh alam semesta tajalli dan azali;
kerana Ia-lah yang menjadi hikmat sehingga alam semesta ini dijadikan;
kerana Ia-lah dijadikan juga syurga neraka, suka duka yang di alami bersilih ganti;
kerana kalau tidak kerana Ia, maka segala makhluk seluruh semesta tidak dijadi.

Ia-lah datangnya dari alam al-amr;
oleh kerana itu Ia akan menyatu lagi dengan Dzat-Nya sendiri nanti;
Ia-lah wujud sebelum alam syahadah ini (nyata semesta);
Ia-lah dihantarkan ke alam syahadah untuk menerima uji bukan menguji;
Ia-lah yang datang dari alam kejadian Tuhan yang menjadi rohani;
Ia-lah yang tidak menerima binasa atau fana selama-lamanya;
Ia-lah yang akan kembali ke alam akhirat;
Ia-lah yang sudah mengenal Tuhan di alam Roh Al-Bani sebelum wujudnya segala wujud nyata ini;
Ia-lah yang mengetahui segala hakikat sesuatu dengan tanggapan Ilmu-Nya;
Ia-lah yang Hidup, Ber-kehendak, Kuasa, Mengetahui, Melihat, Mendengar, Berkata;
Ia-lah rahsia Sifat Ma'ani yang menjadi Maknawiyah kepada jasad tubuh mati bila sebati.

Ia-lah yang digelar Fitrah ALLAH yang sudah mengenali dan mengetahui Agama-Nya;
Ia-lah yang tidak payah belajar atau menelaah kitab di alam Roh Al-Bani;
Ia-lah yang sudah mengenali segala sesuatu sebelum sebatinya di alam syahadah (tubuh jasad);
Ia-lah yang telah dan pernah mengakui dan menyaksikan Tuhan di alam Roh Idhofi;
Ia-lah yang dimaksud di dalam Firman Tuhan di dalam Al-Quran :-

"..Alastubirabbikum qolu bala syahidena.."
Ertinya :~ Bukankah Aku ini Tuhan mu? Mereka menjawab, Bah kan Kami menyaksi.

Ia-lah juga dijadikan sebab mengapa diutuskan para Nabi dan Rasul di muka dunia;
Ia-lah sebenarnya yang diperingatkan oleh setiap Firman Allah dan Sabda Rasul;
Ia-lah yang terhijab dengan Tuhan oleh jasad mati dan hawa nafsu;
Ia-lah yang di sini tersentuh kekotoran dan wajib dibersihkan kembali seperti fitrah-Nya;
Ia-lah yang dimaksud di dalam Firman Tuhan di dalam Al-Quran :-

"..Fitratallah hil-lati fatharan-nasa alaiha la tabadi la li-kholqil lahi dzalikaddinul qoyyim.."
Ertinya :~ Dia-lah fitrah Allah yang dijadikan sesuai pada manusia, tidak dapat diubah-ubah pada kejadian Allah, itulah Agama yang benar."

Ia-lah yang kemudian sesudah sebati dengan akal dan hawa nafsu di alam syahadah (jasad tubuh)-
akan tersentuh dan terbahagi kepada dua iaitu taat dan ingkar;
Ia yang taat itulah nanti yang dinamakan Insan Kamil;
dan Ia yang ingkar itulah nanti yang dinamakan kufur dan kafir;
Ia yang taat akan tetap membersihkan Diri-Nya sebagaimana fitrah;
Ia yang ingkar akan mengotorkan Diri-Nya bersalahan dengan fitrah;
Ia-lah yang dihantar ke alam syahadah dengan maksud ubudiyyah;
Ia-lah yang dimaksud di dalam Firman Tuhan di dalam Al-Quran :-

"..Wama kholaqtul jinna wal-insa illa liya' budun.."
Ertinya :~ Tidaklah Aku jadikan jin (nafsu) dan manusia (hati) melainkan supaya beribadat kepada Aku.

Maka ketahui-lah HATI mu itu;
masuklah dalam memerhatikannya disetiap waktu;
kerana Ia-lah yang akan menjadi akibat dari segala perbuatan mu;
dan Ia-lah yang bertanggungjawab atas segala gerak dan diam mu;
selamatkanlah Ia dengan masuk ke dalam Gerak dan Diam ALLAH;
Janganlah engkau ragu dan janganlah engkau menyekutukan lagi!!!
Janganlah engkau ragu dan janganlah engkau menyekutukan lagi!!!
Janganlah engkau ragu dan janganlah engkau menyekutukan lagi!!!
Serta jangan pula sampai lari!!!!



Nukilan;
Pondok Anak Jawi
1 Februari 2012.

This entry was posted on Rabu, 1 Februari 2012 at 7:04 PTG . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 ulasan

Catat Ulasan